Pages

Saturday, April 10, 2010

layan TAG

dah lama rasanya x diTAG oleh sesapa : alasan, adalah sangat malas,
tapi kali ni macam rajin pulak nak menaip ;

Rule No. 1:
Thank and link the person that gave you the award
Seperti biasa x de sapa pon yang nak TAG aku ni selain SIL yang sorang ni,
terima kasih daun keladi...

Rule No. 2:
State 7 things about yourself
Ni perkara yang paling susah nak di describekan..
sebenarnya hanya orang luar saja yang mengenali kita dan yang sepatutnya menilai diri kita.
::tapi aku pedulik apakan, masa ni la nak masuk bakul angkat sendiri.... bila dah ada peluang cerita pasal diri sendiri off course la nak cakap benda yang baik2 saja... yang buruk tu simpan dalam poket buat pekasam... sendiri buat sendiri mau ingat.... hahaha.. ok lets start;

1
saya adalah seorang yang sangat SUKA MENGEMAS, mengubah, mendekorasi dan merealisasi....satu hari kalau x pegang penyapu memang x sah.. tapi rumah tetap berhabuk
2
bila dah suka mengemas tu off course la kuat MEMBEBELkan sbb ada saja orang lain yang mmg suka buat sepah. x kira lah yang paling besar sekali, sampailah yang paling kecil... diaorg ni klau x dengar aku membebel tiap hari mmg x sah
3
Suka juga MASAK SPAGhETTI sbb tu jer masakan yang selalu mendapat pujian daripada isi rumah. kalau diberi peluang masak spagetti hari2 pon i rela. dah masakan tu jer lah yang paling mudah dihidang dan sedap
4
sangat x suka bercerita berkenaan orang lain... tapi saya tahu saya adalah seorang GOOD LISTENERs. masuk bakul angkat sendiri lagi... suka mendengar org bercerita
mengumpat, kadang tu joint the club sekali la...
5
sekarang saya MENGANDUNG anak yang ke3. usia kandungan sudah mencecah 30 minggu... tadi saya check-up. dan keadaan masih lagi terkawal. berat saya sudah 60kg dan berat 'anak kecil' 1.6kg. kata dah x nak cerita pasal kandungan, tapi terlepas jugak
6
satu hari nanti berhasrat/bercita2 untuk membuka/mempunyai sebuah PERNIAGAAN sendiri, tapi masih tercari2 perniagaan apakah yang sesuai. Selalunya proposal sering ditolak dan tidak mendapat sambutan yang hangat oleh 'tuan besar'.. :tujuan adalah supaya tidak terikat dgn majikan dan punya masa sendiri. moga ALLAH makbul kan doa aku. ammin...
7
dan satu2nya perkara yang paling aku benci pada diri sendiri adalah mudah mengalirkan AIR MATA... ini adalah perkara benar. aku terlalu sensetif... pantang cakap hal yang sayu sikit dah berjurai2 air mata... i really hate that. disitu orang akan nampak kelemahan aku. : ini mungkin juga disebabkan aku merasakan diri ni terlalu banyak sangat berkorban, antara orang sedar atau pun tidak... bila apa yang dilakukan/dikorbankan tidak lagi dihargai dan diingati membuatkan aku mudah mengalirkan air mata... bukan balasan yang aku harapkan, cukup la sekadar mengenang apa yang telah aku korbankan,... (tiba2 mood sedih).

*cukup, cukup.. cukup...:: muntah la sapa yang membaca ni nasib baik la 7 perkara saja.
: Kesimpulannya 'aku adalah manusia biasa yang lemah gemalai...
dan lastly;

Rule No. 3 :
Pass this award to 15 bloggers that you've discovered and think they are fantastic.

sapa la pulak yang aku nak bagi award ni, sapa yang baca blog aku ni pon aku x tahu,
nak TAG kat SIL dia sendiri pon dah buat... : tapi rasanya nak bagi kat diaorg ni,
1. Ipit
2. Noni
3. Sarah
4. Fara (kluang)
5. Angah(rawang)

dia org ni saja la kot yang selalu singgah blog aku ni...
so saudara2 ku sekalian selamat menulis tentang diri sendiri anda pulaks yerr....

Tuesday, April 06, 2010

Monday, April 05, 2010

atok saya sedang cooking


taken & created by dina 28/3/2010

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 31, 2010

BR 31%

ini bukan kisah menu mengidam lagi, ni menu cuci mulut hujung bulan.



lihat lah betapa kemaruk ramainya org ramai memborong eskrem.. mana x nya discount 2 bulan sekali, so masing2 mesti membeli untuk simpanan stok 2 bulan.

dan aku juga x ketinggalan... YAHOOO.... harus beli bulan ni sbb bulan yg akan datang adalah bulan berpantang, tp x de la beli stok utk 2 bulan. 1 quart jerrr... tu pon dah terbukun melantak. yg semestinya pilihan no 1 adalah 'world class'.. yummyyyy.. yemmmyyyy...

esok boleh sambung makan.. dah malam ni x boleh nak sumbat lebih2, walaupon mengandung diet mesti dijaga..

-posted using BlogPress from my iPhone

Location:shah alam mall

28 weeks

Masa mmg selalu mencemburui kita... sedar x sedar usia kandungan dah mencecah 28 minggu.
Segala test telah selamat dijalankan dan yang terakhir hari ni. Selepas ini kekerapan berjumpa DOC adalah 2 minggu sekali. Dan ini sedikit update perkembangan kandungan masuk bulan ke7 ini ;

Berat MM 59.6kg
Berat BB 1.2kg
BPD 90/60
MGTT 3.6/6.5
Hb 12g
ABO A+

Update mengandung&kandungan adalah setakat ini, selainnya biarlah sentiasa menjadi catatan dan kenangan peribadi. Dan aku harap segala proses kelahiran akan berjalan dengan lancar nanti. BB dijangkakan akan lahir pada bulan 6, tarikh masih belum ditetapkan lagi (mungkin dalam masa terdekat ini akan diketahui tarikh sebenar). Semoga mama & BB sentiasa sihat dan lahir dengan sempurna.

AMINyarabbalalamin