Pages

Wednesday, March 31, 2010

BR 31%

ini bukan kisah menu mengidam lagi, ni menu cuci mulut hujung bulan.



lihat lah betapa kemaruk ramainya org ramai memborong eskrem.. mana x nya discount 2 bulan sekali, so masing2 mesti membeli untuk simpanan stok 2 bulan.

dan aku juga x ketinggalan... YAHOOO.... harus beli bulan ni sbb bulan yg akan datang adalah bulan berpantang, tp x de la beli stok utk 2 bulan. 1 quart jerrr... tu pon dah terbukun melantak. yg semestinya pilihan no 1 adalah 'world class'.. yummyyyy.. yemmmyyyy...

esok boleh sambung makan.. dah malam ni x boleh nak sumbat lebih2, walaupon mengandung diet mesti dijaga..

-posted using BlogPress from my iPhone

Location:shah alam mall

28 weeks

Masa mmg selalu mencemburui kita... sedar x sedar usia kandungan dah mencecah 28 minggu.
Segala test telah selamat dijalankan dan yang terakhir hari ni. Selepas ini kekerapan berjumpa DOC adalah 2 minggu sekali. Dan ini sedikit update perkembangan kandungan masuk bulan ke7 ini ;

Berat MM 59.6kg
Berat BB 1.2kg
BPD 90/60
MGTT 3.6/6.5
Hb 12g
ABO A+

Update mengandung&kandungan adalah setakat ini, selainnya biarlah sentiasa menjadi catatan dan kenangan peribadi. Dan aku harap segala proses kelahiran akan berjalan dengan lancar nanti. BB dijangkakan akan lahir pada bulan 6, tarikh masih belum ditetapkan lagi (mungkin dalam masa terdekat ini akan diketahui tarikh sebenar). Semoga mama & BB sentiasa sihat dan lahir dengan sempurna.

AMINyarabbalalamin

Tuesday, March 23, 2010

menu lagi


x habis2 melayan menu mama yang buruk lantak mengidam hari demi hari..
semalam tiba2 teringat nak makan benda alah ini lagi,

saya suka yang ini.... B.M.T+ parmasen origano

sapa la suruh ajar mama makan menda pelik, kan tekak tetiba sudah bertukar menjadi omputih pulak... jenuh makan nasik lauk kesukaan, tetapi tetap ingat benda ni... nasib baik la aku mengandung, so dilayankan jugak la... kalau x, time tu mintak seminggu lepas tu baru dapat. hehheheh... (sorry...)
disebabkan saiznya yang agak besar, makanya order 2 jer la,
tapi x sangka pulak tiba2 tekak anak pon dah bertukar menjadi suka,
bila berkongsi bersama2 anak ikan piranah x dapat mama nak
menikmati kelazatan sepenuh rasa... baru nak suap dalam mulut dah ada yang mintak
nak..nak..nak..nak..nak... adussss....
malam nanti haruslah seorang kena order sendiri yer anak2.

Thursday, March 18, 2010

::happy birthday::


to my dear THEODORE ~

malam ni x perlu ketuk pintu seperti biasa,
sebab hari ni dan 2 hari yang lepas memang mendapat pengecualian khas
tuk menyibuk tidur dalam bilik mommy...

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to you
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




malam ni theodore tidur awal.
~selamat malam sayang~

esok usiamu akan meningkat menjadi angka 5
doa kami semoga kamu sejahtera, bijak, sihat dan gembira selalu
AMIN
-
-
-

keesokan harinya
kami membuat sambutan kecil2an
di kedai eskrim, kami jer pon yang beria2 memakan semua ni

-
-
-
dan
satu minggu kemudian.....
baru la berkesempatan membelikan hadiah untuk birthday boy
dia sangat happyyyy
bersama barang permainan yang dipilihnya sendiri,


ini lah hasil rekabentuk pertama En. Ir
(moga satu hati nanti menjadi Ir. yg berjaya)

dan sejam kemudian masih tak habis2 menghasilkan
rekabentuk yang tah apa2 tah....
walaupon masih x de satu pon design yang sama dengan
contoh yang diberi, kertas tu (guide instruction) tetap
berada didepan ifan....

Wednesday, March 17, 2010

lagi dan LAGI....







makanan RASMI i sewaktu bercuti di kampung tempohhari....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:tempat jatuh lagi dikenang