Pages

Saturday, July 25, 2009

Ujian kelayakan

hari ni merupakan hari UJIAN KELAYAKAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 sesi 2010
plan asal kami adalah untuk bertolak pada malam tadi... tetapi memandangkan hal2 yang tak boleh nak dielakkan gara2 mencari penyakit diKL makanya plan terus berubah. ditambah pula dengan urusan politik daddy yang tidak menentu (agaknya boleh jadik wakil rakyat kerrr...) sbb sibuk mengalahkan menteri. setelah di+,-, bahagi, x, kami berjaya membangunkan diri kami anak beranak pada pukul 6.00 disaat azan berkumandang. bersiap2 memakan masa lebih kurang 1 jam....
maka bermula la perjalanan ke Kluang yang dijangkakan memakan masa 2 jam kerana peperiksaan bermula pada pukul 9.30. dengan harapan sampai tepat pada waktunya. sememangnya dugaan tu tuhan saja yang tahu, kalau ikutkan hati aku memang nak dicancel aje rancangan tu, tapi mengenangkan nak menjaga hati semua orang jadiknya diteruskan jugak.....
alhamdulilah kami sampai pada pukul 9.30, tetapi kami tetap terlambat kerana program telah dipercepatkan ke pukul 9.00 pagi memandangkan semua calon datang tepat pada waktunya melainkan IRDINA ALEEYA yang merupa calon luar kawasan.

aku hanya sempat berpesan pada anak, baca bismillah, baca soalan dengan teliti, jangan tergopoh gapah menjawab soalan dan bila dah selesai jawab soalan jika ada waktu semak semula jawapan.... selebihnya kita hanya tawakal.....

Alhamdulilah, segalanya selesai.

p/s :

nak selitkan gambar terbaru adik iris yang sedang tersenyum simpul... nama x tahu lagi


dan ..... DORA kesayangan dina yang dah sebulan x jumpa