hari ni saya nak merakamkan kenangan waktu dina dan ivan masih kecil bersama stroller kesayangannya.
masing2 mempunyai stroller, yang diusung kesana kesini kerana mama dan baba nya adalah manusia yang tak boleh nak melihat anak berkeliaran bila berjalan dishopping mall kerana waktu2 umur begitu anak2 memang la x dapat nak dikawal. Dek kerana melayankan hobby kita orang yang suka berpeleseran dimall pada hujung minggu. Dan disebabkan terpaksa membawa 2 stroller setiap masa makanya kami telah membeli stroller yang senang dibawa kemana dengan menyumbatkan kedua-duanya didalam bonet kereta. almaklum la kereta kita pon kecik jerrr..
Sewaktu ifan belum dilahirkan lagi, dina telah biasa menaiki stroller merahnya itu... dan bila irfan hadir, kami tambah satu lagi stroller yang sama tapi berwarna oren. mereka memang
Tapi semua itu tinggal kenangan.... dina dan ifan semakin membesar dan kita pula lebih selesa membiarkan mereka berjalan
Dan baru2 ini stroller merah itu telah dipinjam oleh Qaireen kerana dia juga nak melayankan mak bapak dia yang suka berjalan dan keluar ke shopping mall. Nasib ko la Qaireen... Dan yang terbaru kami telah meminjamkan yang satu lagi kepada adik iris yang baru saja lahir itu, kerana mak dia tu memang sedari dulu mengidamkan benda alah tu, memandangkan sewaktu iris kecil kami masih lagi aktif menggunakannya maka mintak maaf la iris ek.... dah memang stroller tu rezeki adikmu la agaknya.... walaupon mama masih sayangkan stroller yang banyak berjasa itu... mama harap dia happy dengan tuan barunya (sedihnya).... dan untuk adik2 ipar
sekian, cerita stroller KITA