Pages

Friday, August 28, 2009

nurKASIH

tersentuh hati bila aidil menerangkan kepada adam perkara sebenar tentang cinta yang x kesampaian dan kemaafan yang dipinta...... dan bercucuran lah air mata.....

tiba-tiba
dina : yang mama menangis ni kenapa..... bukannya kawan mommy, bukannya boyfriend mommy......

**potong stim betul la anak aku ni......

seminggu berPUASA......

pagi
dina : kakak puasa
Ifan : ifan pon kuasa [puasa]

tengahhari
ifan : mama, kuasa tu x boleh makan kan?...
mama : eemmmmm
ifan : ifan x kuasa la, ifan nak makan....

petang
dina : ifan ni asyik x puasa jer...
ifan : eehh.. ifan kuasa la.... ifan x makan.... kalau x kuasa, makankan.... ifan x makan......

aku pon dah pening.... kejap kuasa, kejap x kuasa....
tapi kakak tetap tabah menahan lapar dan dahaga.... bertambah slim la anak aku tu....

................ K***s B**a

Aku telah bercuti selama 4 hari kerana kami sekeluarga mendapat serangan daripada Sarcoptes Scabiei .Rasanya mengalahkan orang berpantang bersalin nak menjaga serangan binatang ini. Tapi yang paling teruk sekali diserang adalah irfan.... paham2 jer la nak menjaga budak kecik yang **ngelitis ni.... siap kena ikat lagi tangan [dah macam kes mendera anak pulak] sampaikan orang dalam lift pon dok jeling2 semacam jer masa kita orang outing dari rumah. Alhamdulilah hari ni bertambah ok. Tapi kesan gelembong pada tangan irfan masih kelihatan. Hopefully dalam masa 3 hari lagi semuanya akan ok, supaya aku boleh pergi kerja pada hari selasa dengan aman dan tenteram.
*
*
*
*

Cuma ada sedikit kekesalan kerana binatang ini telah menyerang irfan sejak 3 bulan lepas, dan para doc. telah memberikan maklumat yang tidak berapa pasti. Aku telah pergi ke klinik sebanyak 4 kali dan hanya setelah pergi ke klinik pakar itu baru aku ketahui penyakit sebenar yang menyerang irfan dan kami sekeluarga.

kami telah mengkuarantinkan diri [kecuali daddy yang mencari duit raya sangat sibuk berkerja], dan kami hanya keluar bila ada urusan yang penting sahaja....