january datang lagi, kali ini membawa kepada tahun 2010... 10 years more to 2020.
Banyak cerita suka duka yang ditempuhi sepanjang tahun 2009... dan membawa banyak pengajaran yang amat2 berguna. Segalanya aku terima dengan redo dan penuh keinsafan.
Semoga menjadi bekalan dan panduan untuk lebih berhati2 dalam mengharungi ranjau kehidupan.
TAHUN SATU
Tahun ini merupakan tahun persekolahan yang bermakna bagi Dina kerana menduduki tahun 1. bukan setakat perasaan anak yang teruja, tetapi begitu juga perasaan kami sekeluarga. Segala perancangan terdahulu untuk menghantar ke sekolah SRJKC adalah musnah berderai (kerana terlalu banyak sangat pengaruh dan anasir2 luar yang campur dalam ini cerita) bagi aku pula, REDO... dan menjadikannya sebagai iktibar, mungkin segala halangan tu ada hikmahnya.
Cadangan kesekolah SRAB@SRAI pula terbengkalai, usaha disaat2 akhir tidak mendatangkan pulangan yang baik. Juga harus dijadikan teladan dimasa hadapan. Tetapi mungkin akan diusahakan dimasa akan datang.
Satu lagi harapan yang agak mengecewakan adalah menempatkan dina keSK seksyen 4 dan SRA seksyen 3 juga tidak kesampaian gara2 kami tinggal dialamat seksyen 16. Memang kami mempunyai alasan kenapa mendaftarkan dina disana, tapi adakah PDD nak mendengar segala alasan yang diberikan lantaran mereka juga mengikut arahan bahawa penempatan persekolahan anak adalah mengikut alamat kediaman. JAdinya kami pon akur dengan arahan yg diberikan.
Hari orentasi berjaya ditempuhi.
Hari Pertama persekolahan berjalan dengan lancar...
Hari kedua sudah ada sedikit keyakinan...
Dan hari2 seterusnya harus dina hadapi dengan tenang dan penuh keazaman dalam diri.
DAN
hari ini aku masih bercuti bagi menguruskan persekolahan dina... ada beberapa perkara yang tak dapat diselesai lagi. Dan akan diusahakan supaya segalanya dapat diselesaikan dalam minggu ini juga barulah aku dapat berkerja semula dengan tenang. Alhamdulilah angin mabuk kepayang sudah berkurangan, walaupon kadang2 tu datang lagi dan lagi dan lagi.....
inilah serba sedikit cerita tentang tahun baru yang dah berlalu selama 5 hari.... harapan aku agar tahun ini akan lebih bermakna dan semoga apa yang dirancangkan mencapai sasarannya...AMIN