mana ada percutian pon... jalan2 carik pasal jer, mengabiskan duit yang memang dah kering ni masa bersama anak2 dan mySIL & family yang datang dari JB yang melepaskangian@meroyan niat bercuti diKL sempena CNY.

Habis segala rancangan asalnya telah aku musnahkan kacau bilaukan.
kami bertolak dari rumah jam 11.00 pagi.. rancangan asal memang ingin terus menuju ke puncak gunung tapi melayankan perut yang keroncong dulu di khalifah memandangkan tuan rumah x sempat nak menghidangkan makanan yang lazat2 untuk tetamu kehormat.
maka setelah selesai breakfast merangkap makan t/hari. kami pon meneruskan pejalanan...
tapi malang sekali jalan balik ke pantai timur jamm.... makan tuan driver pon menukar arah dan sampai lah kami ditempat bermandi manda dek kerana takut perancangan asal tidak tercapai.dalam pada tu masih terpikir2 lagi mahu diteruskan perjalanan atau tidak. dalam 2 jam kami singah dan bermandi manda.... anak2 adalah sangat gembira+ menangis kerana disakat oleh bapak kandung sendiri.
Perjalanan diteruskan lagi, kali ni kami bercadang jika jalan yang dilalui tadi adalah lengang maka perjalanan akan diteruskan, tapi jika sebaliknya maka plan C (plan B adalah mandi manda di bawah bukit itu tadi) akan menyusul... dan kebetulan jalan pon lengang, cuma bila sampai di tol karak, keadaan adalah jamm semula... tapi memandangkan dah masuk tol maka kami pon terpaksa meneruskan juga perjalanan.... dan alhamdulilah masuk aje simpang ke bukit goh tong jalan pon clear... plan asal yang hanya pergi balik-balik hari telah bertukar menjadi percutian 1 hari 1 malam. (suke hati jer)
check in pukul 5.30pm then terus menuju ker indoor game, bermain+makan+gaduh+main lagi+shoping+makan lagi+bergambar bla...bla...bla... sampai kepukul 10.30 mlm.
keesokan hari aku dan anak2 bangun awal setelah digegar oleh tuan besar berkali2....
keluar bilik seawal 7.30 pagi untuk sesi fotografi dan menyedut aircond, bak kata irfan udara segar dan sejuk. kami turun kebawah (cablecar area) untuk breakfast dan membawa bekalan untuk mereka yang ditinggalkan di bilik. Makanya setelah lepak dibilik dan bersiap2, kami pon keluar untuk check out pada jam 11.30 pagi. Then terus pulang ke pangkal jalan shah alam.
tapi sempat singgah makan di daerah larangan tuan besar.
Sampai di rumah jam 6.00 ptg.
SEKIAN~
keluarga tuan rumah
4 of them