Pages

Thursday, May 06, 2010

Masanya hampir tiba...

....keadaan perut sekarang adalah sangat tidak terkawal. Semakin membesar dan semakin seksi terus memboyot. Tapi masih ada kederat nak menjalankan tugasan harian seperti biasa. Cuma kadang2 sakit datang dengan tiba2 bila terlalu rajin banyak membuat kerja2 amal rumah, al maklum lah Isteri mithali.*muntah*
Orang yang ditunggu untuk menguruskan hal2 rumahtangga masih x kunjung tiba... perasaan marah, bercampur geram pon dah berada ditahap kemuncak,.. (tapi seperti biasa i jugak yang kena marah sbb x pandai nak organize dan terlalu baik hati sehingga kepala dipijak2 oleh AGEN yang tak sedo diri lagi x paham bahasa). Hingga sekarang aku hanya mampu berdoa supaya Tuhan menolong hambanya yang teraniaya.

Berbalik kepada cerita menjalankan tugasan harian... aku ni baru saja habis menyelesaikan aktiviti membasuh & menyidai baju, membasuh pinggan (walaupon x selesa kerana perut sudah bergesel dengan sinki dan aku terpaksa membasuh pinggan dengan keadaan mengereng) *bayangkan.... ooHH!!! memang menyulitkan... tapi tu antara kewajiban harian aku kerana suamiku tersangatlah kuat tidur sibukk, sehinggakan x ada masa untuk membantu si isteri. Nasib baik la anak dara aku sorang tu kadang2 memahami keadaan aku yang kurang upaya sekarang ni... KADANG2... (setelah berbakul2 kena bebelll) selalunya dia memang asyik berangan saja. Aku lebih suka menyiapkan tugasan harian ini weekdays, sebab weekend adalah waktu aku dan keluarga melayan menu mak buyung dan bersuka suki... pagi sabtu biasanya aku akan pastikan semuanya selesai... baru boleh keluar berjalan dengan senang hati... *lalalalala
Memang sibuk bila dikenang aktiviti harian ni... sibuk berkerja, tanggungjawab keluarga, dan macam2 lagi... tapi apa nak dikomplenkan, redo jer la... *(insaff)

Ada beberapa perkara lagi yang masih belum selesai lagi menjelang hari kelahiran dan waktu berpantang. Dan aku akan usahakan dalam masa seminggu dua ni untuk melangsaikannya.. sebelum keadaan kesihatan mencapai tahap bahaya, kalau ikutkan memang dah x larat ni, tapi akan digagahkan juga.

*tiba2 otak jadi blank nak tulis apa..... daripada cerita merapu2 baik i stop dulu... bila2 boleh sambung..


maya oh maya!!!!

Semalam jumpa MAYA pakai beg ni... i rasa tergoda... i dah agak dah mesti coach brand


tiba2 hari ni, ORKID buat sale pulak... oowwhhh... mengapa kah diwaktu2 begini!!!

tapi klau lah i dibagi pilihan klau x dapat yang atas tu, yang bawah pon ni ok laaa....

aku yang hanya mampu bermimpi...
Tolonggglah.. one day i'll get u!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone