Pages

Tuesday, July 13, 2010

kisah MAMA

sebelum memulakan sesi penceritaan, ini adalah gambar
kenang-kenangan kami ber-4 dan
selepas ini dah semestinya kami ber-5
(adik sila duduk diam2 dalam perut mommy, esok kita jumpa k)

sekarang ni baru lah ada sedikit kesempatan untuk story mory dan mengabadikan kenangan sakit,perit, jerih, suka & duka melahirkan seorang lagi anak ke dunia ini...

Sebelum hari kejadian... bersuka suki di atas katil.

9 JUNE 2010
aku telah menyerah diri mendaftar di hospital pada 9 june 2010, diatas temujanji yang telah ditetapkan sebelum menjalankan operasi keesokan harinya. Setelah selamat mendaftar dan terus warded at room no 28. Petang tu doktor datang berjumpa untuk tandatangan surat untuk operation ke esokkan hari. malam tu merupakan malam terakhir aku makan malam sebelum diarahkan berpuasa start pukul 12.00am. dan malam tu juga dah start dicucuk sana sini,... dan tiba-tiba juga hati sudah menjadi tidak keruan. malam tu hubby balik kampung untuk amik emak datang bagi menemankan aku malam selepas operation nanti.

makanan terakhir malam tu...

upacara cucuk mencucuk bermula...

Surat perjanjian hidup dan mati.....

10 JUNE 2010
Keesokan harinya, aku sudah terjaga seawal 6.00 pagi.. malam tu pon bukannya tidur nenyak sangat pon, sbb dah start pasang CTG dan keadaan perut yang sememangnya sudah tidak selesa lagi. dalam toilet, tiba2 ada org mengetuk pintu... aku pon buka dan baju untuk operation diberi, katanya "pesakit pertama dah masuk operation room, so adik kena standby la tukar baju siap2 takut nanti di panggil ". Aku pon, mandi2 dan terus tukar baju. tunggu punya tunggu. Hubby, emak dan anak2 dah pon sampai pada pukul 10.00, tapi aku masih dalam bilik lagi... sehingga la aku di panggil dan dibawa ker operation room lebih kurang pada pukul 12.30. masa ni perasaan aku semakin "dup dap dup dap".

masa yang ditunggu tiba juga....

Setelah ditolak, sampai ke operation room & tunggu para nurse membuat kerja, pukul 1.30 aku masuk ke bilik bedah... setelah mendapat penerangan serba ringkas, doktor bius pon menjalankan kerja sementara doktor bedah dan para pembantu yang lain sedang sibuk membuat preparation... mula la nampak pisau bedah semua bagaiii... OMG.. tulang belakan telah pon dicucuk, rasanya yang pertamakali tu dah salah tempat, maka dicucuk pula tempat lain... mulut x henti beristifar dan membaca apa saja yang terlintas... bila terasa kebas, maka operasi pon dijalankan.... start tepat jam 2.oopm dan berakhir jam 5.30pm... baby dapat dikeluarkan jam 3.09pm. (SEPANJANG TEMPOH 3 1/2 JAM TU BIAR LAH MENJADI KENANGAN TERINDAH AKU) x termampu untuk di gambarkan disini... cukup sekadar aku katakan, ini adalah ujian terbesar yang Allah berikan untuk aku.. bersabung nyawa demi seorang bernama ANAK.

setelah segalanya selesai, aku dibawa ke "Warmroom" untuk memanaskan badan semula setelah berada didalam bilik yang rendah tahap suhu kesejukannya. tertidur sebentar tiba2 aku dikejutkan, "kak bangun kak, akak dah terberak ni... hah!!! di situlah tanpa aku sedar aku telah terbuang air besar. almaklum la ubat apidural tu x abis lagi. aku siap mintak maap lagi pada adik nurse tu sbb x sedar, dgn nada geram bercampur busuk tu, dia pon kata "x apa kak!!"..

kepenatan setelah perut aku diganyang ikut suka suki hati doc.

Dan setelah semua selesai aku pon ditolak semula ke Wad. masa tu jam lebih kurang 7 lebih x silap. Baru lah dapat melihat dengan jelas rupa anak yang aku kandungkan selama 9 bulan ni. Syukur Alhamdulilah! maka bermula la pula fasa berpantang dan menjaga baby.

inilah dia little angle hadiah dari Allah,
kini kami yang akan memikul tanggungjawab mencorakkannya


akan bersambung untuk : KISAH ANAK & KISAH BERPANTANG