Pages

Sunday, January 09, 2011

4266

izinkan aku berKARYA....

terkadang hidup ini sukar dimengerti.
Dalam menilai baik buruk nya diri sendiri aku sering kali
terpanggil dan membandingkan diri dengan orang lain.
terasa diri ini yang sering disakiti dan diendahi.
apa lagi punca yang harus aku cari bagi meleraikan segala
permasalahan yang sengaja dan tidak sengaja ditimbulkan.
aku seolah hilang punca dari menusuri segala kekeliruan ini.
bagaimana pula untuk menjadikan diri ini patuh dan tetap pada
satu hala tujuan kerana aku sering mengingati masa silam yang
penuh dengan sejarah hitam. diriku bagaikan tidak boleh diatur lagi.
aku sedih sebenarnya mengenangkan nasib diri yang hidup dalam
kekeliruan dan kepayahan. walaupon segalanya telah terang dan
tak dapat aku redoi kejadiannya tapi inilah yang dinamakan takdir.
perit untuk aku laluinya perit lagi untuk menghadapinya. tapi aku
tidak punya pilihan. aku cuma punya jalan untuk menusurinya tanpa ada
sebarang kompromi. terpaksa menerima yang serba sedikit kesannya
adalah daripada kesilapan diri. tapi semakin aku aku cuba untuk mengadopsinya
semakin aku hilang arah. hati semakin menjadi segengam batu yang keras.
menjadi kaku, menjadi pilu.
bagaimana untuk aku perbaiki segala kesilapan. aku pasrah dengan segala tindakan.
aku juga lemah untuk mengerti keadaan. melihat tidak seperti apa yang harus
aku lalui. aku tahu puncanya aku jadi begini. aku tidak mahu semua ini.
tapi ujian telah diberi. apa yang perlu aku goyahkan lagi. segalanya terbukti pahit
dan tidak akan ada manisnya tanpa natijah yang hakiki. dalam diri penuh dengan
iri hati dan hasat dengki. hapuskan lah wahai diri. aku letih dan sakit untuk merobek
lagi. setiap hari aku meminta untuk diberikan sepenuh kekuatan dalam menghadapi
ujian demi ujian. tapi aku juga sering gagal. gagal menjadikan diri setabah semalam
yang pastinya dah hilang. keyakinan diri terbubar dengan sekelip mata. segalanya
gelap gelita. seolah takkan akan ada mentari lagi. apa yang aku kebayangkan
adalah mendung yang akan menjulang hujan tanpa ada sempadan. aku salah.
aku silap. tapi bagaimana lagi untuk aku kuatkan diri menusuri cerita nun jauh disana.
aku telah menjadi patung yang seakan tidak bernyawa. dan sememangnya patung itu tidak bernyawa. sekarang aku menjadi manusia yang durjana. hari hari membilang dosa.
cinta entah kemana. yang ada hanyalah dipenuhi benci dan dengki.
bercerita tentang cinta. aku tak punya jawapan. padaku cinta tak tahu dimana.
aku tak menipu diri. kadang cinta itu datang. kadang ia pergi dengan mudah dan
akan datang lagi tanpa aku undang. kerana cinta itu sudah lama disulam. tapi
merasakan ianya sudah dipenuhi derita. aku sering kali juga membutuhkan cinta.
kerana lumrahnya wanita mendambakan cinta. dan pada siapa harus aku dapatkan
jika tidak pada yang pemberi cinta. sampai saat ini aku masih keliru dan tak mengerti
apakah maknanya cinta hakiki. kerana aku sering tewas dalam permainan cinta.
cinta itu pahit tapi tetap ada manisnya. lalu aku harus menusuri kepahitan itu untuk
mendapatkan sedikit manisnya. tapi bagai dikata, aku sering keliru dan termangu.
memikirkan cinta yang tiada penghujungnya. dikhianati, disakiti dan dilupai.
tapi dalam masa yang sama tetap diingati.
kepada Pemberi segala rasa didalam jiwa dan raga. aku butuhkan waktu dan
kekuatan yang hakiki untuk melayari saki baki hidup yang singkat ini. maka
jadikan aku pencinta yang setia, hilangkan rasa benci dan hapuskan derita kisah
silam yang melayari diri. agar aku tidak lagi seperti ini. saban hari menyesali
butir butir perkataan yang terkeluar dari liang bibir yang semakin cabai. insafi aku
dengan pengalaman yang penuh noda dan dosa. aku mohon demi insan kecil yang
lahir kedunia dan masih tidak mengerti salur galur kehidupan dialam
yang fana ini.
saban hari aku mohon padaMU sentiasa berikan aku kekuatan dan rasa rendah diri.
agar aku tidak hanyut dengan hasutan syaitan dan kekejian.

**cerita adalah rekaan semata2,
tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.
MUKA BARU, WAJAH BARU
harap2 perangai pon BARU....

WISH LIST~

elok jugak kalau jiwa selalu kacau.... mula la kepala hotak berangan dok memuaskan napsu syaiton... tapi x per berangan tetap x salah.



1

untuk mengisi kad2 hutang i yang
berteraburan dlm handbag 'C' kesayangan

2

menggantikan jam i yang dah rosak


3

untuk letak iTelepon kesayangan i










dan ini, bagi melayan napsu serakah
orang x berduit tapi berlagak ala2 kaya raya

4

kedua duanya boleh digunakan
untuk mengambil gambar anak2 i









mari berangan bersama sama......

Anak kandung vs Mak tiri


Tiba2 tadi ifan terjaga sbb nak buang air kecil... lepas tu sambil nak pakai seluar tu aku ternampak kesan lebam kat peha dia... alamak!! tiba2 rasa insaf dan sedar dengan kes aku meroyan tahap mak tiri yang dah mati laki.. Gara2 mengikut hasutan syaiton dengan x ada hati perut aku dah melakukan penderaan pada anak kandung sendiri.

Ifan mama mintak maaf... mama x sengaja, tu la mama dah kata kalau mama yang mengajar ngaji memang teruk ko kena belasah. Padahal ngajar ngaji jerrr.....masa mendera tu x hingat dunia, sedap jer aku pial (geram punya pasal)... lepas tu menyesal... I'm soooo soryyy. (nanti ifan dah besar jangan hantar mama umah orang2 tua ekkk) mama janji x buat lagi!.. Insyallah..











SORRY!!!!!



Agak2 kejam x????


Majlis Perkahwinan Kawan Suami saya...

Sebenarnya, bukan senang ye tak, nak dapat hadir majlis perkahwinan yang besar2 @ lebih ringkas majlis datuk2 menyambut menantu didewan serba ternama... (PM datang pulak tu..) almaklum la kita ni bukan la orang ada-ada. Tapi alang2 dah dapat peluang ni, terus macam x sabar2 nak pergi (poyo)...

Nak tayang gambar banyak2 & nak mengomel dalam FB malu la pulak... almaklum la (jakon)...
Sat lagi ada pulak org yang meluat... so lepaskan jer la kemeroyanan tu kat blog peribadi yang x berapa nak privasi sangat ni... (sesapa yang terbaca than rasa macam meluat nak termuntah sila la muntah ye...) hehehehhehe...

jom layan gambar pulak... Gambar dengan pengantin x ada pon... so ambik gambar syok sendiri jer la... sib baik la Tuan Jj nak gak layan sikit2.

Vanue : PWTC
Bride : Izwan Datuk Nasir & Nawar Dr Jeffry

nak ambik gambar perantin ada jer yang menghalang...
(dapat ambil dlm screen pon jadik leee)

ni lah dia V.I.P yang ditunggu2...

Ni gambar i, sue & adha... sanggup tunggu semua org keluar dewan
semata2 nak posing dpn pelamin.. (laforfooo)

Amik gambar ceiling pon ok laa....
















last sekali gambar i dangan enchik suami
(Tangkap gambar sorok2 dr bawah meja)
layannnnn....