menahan AIRMATA adalah lebih mudah, daripada membuang rasa CINTA
semoga Allah sentiasa memberikan aku sepenuh kekuatan.
sedar lah bahawa diri ini memang sudah berada jauh dan tidak diindahkan lagi. yang ada hanya rasa tanggungjawab dan nama yang tertulis pada kertas sebagai perjanjian yang hakiki.
sedarlah wahai diri yang lemah ini. sedarlah akan mana letaknya kamu didalam hatinya. sedarlah akan kesalahan mu yang tidak pernah dijelaskan puncanya. sedarlah akan budimu yang x sebanyak mana, sedarlah akan kecantikan mu yang telah hilang dimata, sedarlah kamu akan terhurainya janji setia yang diberi dan sedarlah bahawa CINTA kamu telah dikhianati.
maka pandang lah kedepan dan jangan menoleh kebelakang. jadikan segala kesilapan itu sebagai panduan bagi mengukuhkan lagi cita2 dan kebahagiaan mu. jika bukan bersama orang yg kau cintai, tapi lakukanlah demi kesayangan mu yang menjadi pengikat cinta itu.
hadapinya dengan kekuatan yg luarbiasa. biar tuhan saja yang menjalankan tugasnya untuk menghukum mereka yang mengkhianati mu.
- Posted using BlogPress from myDarlings