Takdir manusia ditulis sejak dalam rahim
berita harian@ 2011/01/28
DIRIWAYATKAN daripada Anas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seseorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis seperti diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."
@ dan Allah amat mengetahui bahawa segala ujian yang diberi itu boleh ditanggung oleh umatnya atau pon tidak....
Syukur kerana Allah sentiasa mengingatiku dan menyayangiku, maka diberinya aku ujian bagi lebih mendekatkan aku denganNya.
Alhamdulilah hingga kesaat ini aku masih mampu tersenyum dan ketawa.
TQ ALLAH...
- Posted using BlogPress from myDarlings