Pages

Tuesday, January 19, 2010

Sekitar Majlis cukur jambul Edriana
kes dah penat bosan sangat buat keja ofis,
mula la gatal tangan meng'edit' gambar
no more AKASIA ....
segala aktiviti adalah tertumpu sepenuhnya pada aktiviti yang lebih bermunafaat
insyAllah //

Saturday, January 16, 2010

Lulus percubaan....

Percubaan pertama membuat kek coklat adalah amat berjaya walaupon terlupa nak beli (kertas minyak & pengayak tepung).... Dan x ada oven @ pengukus pon..... Tapi macam mana boleh terhasil, x payah la dipikirkan ye!
Dah seminggu mengidam nak buat & makan kek coklat buatan sendiri.... jenuh Cari resepi kat internet & x sia2 kerana usaha berhasil... Suka sgt sbb dina & ifan teruja Dan suka, maklum la first time mama dia buat kek, siap dah request untuk buatkan masa birthday nanti... Insyallah.!!!


Jemput makan lihat...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, January 05, 2010

January 2010...

TAHUN BARU
january datang lagi, kali ini membawa kepada tahun 2010... 10 years more to 2020.
Banyak cerita suka duka yang ditempuhi sepanjang tahun 2009... dan membawa banyak pengajaran yang amat2 berguna. Segalanya aku terima dengan redo dan penuh keinsafan.
Semoga menjadi bekalan dan panduan untuk lebih berhati2 dalam mengharungi ranjau kehidupan.

TAHUN SATU
Tahun ini merupakan tahun persekolahan yang bermakna bagi Dina kerana menduduki tahun 1. bukan setakat perasaan anak yang teruja, tetapi begitu juga perasaan kami sekeluarga. Segala perancangan terdahulu untuk menghantar ke sekolah SRJKC adalah musnah berderai (kerana terlalu banyak sangat pengaruh dan anasir2 luar yang campur dalam ini cerita) bagi aku pula, REDO... dan menjadikannya sebagai iktibar, mungkin segala halangan tu ada hikmahnya.
Cadangan kesekolah SRAB@SRAI pula terbengkalai, usaha disaat2 akhir tidak mendatangkan pulangan yang baik. Juga harus dijadikan teladan dimasa hadapan. Tetapi mungkin akan diusahakan dimasa akan datang.
Satu lagi harapan yang agak mengecewakan adalah menempatkan dina keSK seksyen 4 dan SRA seksyen 3 juga tidak kesampaian gara2 kami tinggal dialamat seksyen 16. Memang kami mempunyai alasan kenapa mendaftarkan dina disana, tapi adakah PDD nak mendengar segala alasan yang diberikan lantaran mereka juga mengikut arahan bahawa penempatan persekolahan anak adalah mengikut alamat kediaman. JAdinya kami pon akur dengan arahan yg diberikan.
Hari orentasi berjaya ditempuhi.
Hari Pertama persekolahan berjalan dengan lancar...
Hari kedua sudah ada sedikit keyakinan...
Dan hari2 seterusnya harus dina hadapi dengan tenang dan penuh keazaman dalam diri.

DAN
hari ini aku masih bercuti bagi menguruskan persekolahan dina... ada beberapa perkara yang tak dapat diselesai lagi. Dan akan diusahakan supaya segalanya dapat diselesaikan dalam minggu ini juga barulah aku dapat berkerja semula dengan tenang. Alhamdulilah angin mabuk kepayang sudah berkurangan, walaupon kadang2 tu datang lagi dan lagi dan lagi.....

inilah serba sedikit cerita tentang tahun baru yang dah berlalu selama 5 hari.... harapan aku agar tahun ini akan lebih bermakna dan semoga apa yang dirancangkan mencapai sasarannya...AMIN



Saturday, January 02, 2010

Aku bukan peminat fanatik.......

Cuma sajaaa suka2 nak posing....


Dan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nak melayankan dina jer ni, bukan apa.....


;)

- Posted using BlogPress from my iPhone