Pages

Friday, July 23, 2010

smart nappy


percubaan meng-CD kan anak adalah GAGAL
beli CD beria2, semangat membara-bara... sudahnya HUGGIeS jugak yang termudah
Muahhhhaaahaaa.... bak kata incik Suami (Laforfowatafunsi). Nasib baik misi pembelian CD dapat dirahsiakan dengan jayanya...

Hari ni dah hari yang ke 43.. baru tergerak hati nak pakaikan benda alah ni... itu pon sbb Huggies dah abiss. x per la... semangat mesti ada walaupon duit x ada.


.zara with her new SMART NAPPY...


Thursday, July 15, 2010

kisah ANAK


untuk KISAH ANAK, hanya entry bergambar sahaja kerana mama tersangat lah tidak ada masa malas untuk mengarang. karangan KISAH MAMA itu pon dah memakan masa 4 hari untuk disiapkan.... kali ni kita layan gambar sudah.

FASA PER-1
:didalam perut mommy:

ini adalah saya di usia 2 bulan

ini saya ketika berusia 4 bulan

Ini saya bersama kakak saya ketika usia kandungan 6 bulan,
sayang sekali gambar saya bersama abang saya telah hilang gara2
mama saya meng-upgrade iTelefonnya tempohhari.

Ini ketika saya berusia 7 bulan,
akhirnya dapat juga saya bergambar bersama2 mereka
sis dina & bro ivan (hah!!!)

Dan ini kenangan terakhir saya didalam perut mommy.
ketika ini usia saya 9 bulan, 2 hari sebelum kelahiran saya.

Sebelum pergi ke FASA ke-2, ni mama saya nak mengedik,
menayang perutnya yang memboyott itu..
dan semestinya lah didalam itu adalah saya...
ha ha... mommy u look so buncitt...

FASA KE-2
:Di alam yang fana ini:

ini saya di hari ke-2 saya dilahirkan
gambar dihari per-1 ada didalam KISAH MAMA saya.

Gambar saya yang sangat suka menangis bila celik saja mata

Dah semestinya ini adalah hobi saya buat masa ini...
(tidur sampai ternganga2)
i like

Saya juga suka mandi manda

Tapi saya cukup x suka bila nak pakai baju..
saya lebih rela menangis sampai terkencing2
(dah 4 kali saya kencingkan atok saya selepas saja mandi)

Ini saya bersama kakak saya Dina,
pertama kali memangku saya...

Dan ini bersama abang Ifan saya...
dia sungguh teruja bila pertama kali memangku saya.

Tapi yang paling best sekali, saya telah mengikut jejak langkah
saudara2 saya yg berambut 'kenteng' ikal mayang...
(ini gara2 saya terminum susu cap gantung ngangah saya) x seperti abang dan kakak saya yang berambut lurus seperti mama saya.

Akhir sekali, ini kerja mama saya yang menyolekkan saya
sebegini rupa.


sekian
KISAH ANAK
mama

Tuesday, July 13, 2010

kisah MAMA

sebelum memulakan sesi penceritaan, ini adalah gambar
kenang-kenangan kami ber-4 dan
selepas ini dah semestinya kami ber-5
(adik sila duduk diam2 dalam perut mommy, esok kita jumpa k)

sekarang ni baru lah ada sedikit kesempatan untuk story mory dan mengabadikan kenangan sakit,perit, jerih, suka & duka melahirkan seorang lagi anak ke dunia ini...

Sebelum hari kejadian... bersuka suki di atas katil.

9 JUNE 2010
aku telah menyerah diri mendaftar di hospital pada 9 june 2010, diatas temujanji yang telah ditetapkan sebelum menjalankan operasi keesokan harinya. Setelah selamat mendaftar dan terus warded at room no 28. Petang tu doktor datang berjumpa untuk tandatangan surat untuk operation ke esokkan hari. malam tu merupakan malam terakhir aku makan malam sebelum diarahkan berpuasa start pukul 12.00am. dan malam tu juga dah start dicucuk sana sini,... dan tiba-tiba juga hati sudah menjadi tidak keruan. malam tu hubby balik kampung untuk amik emak datang bagi menemankan aku malam selepas operation nanti.

makanan terakhir malam tu...

upacara cucuk mencucuk bermula...

Surat perjanjian hidup dan mati.....

10 JUNE 2010
Keesokan harinya, aku sudah terjaga seawal 6.00 pagi.. malam tu pon bukannya tidur nenyak sangat pon, sbb dah start pasang CTG dan keadaan perut yang sememangnya sudah tidak selesa lagi. dalam toilet, tiba2 ada org mengetuk pintu... aku pon buka dan baju untuk operation diberi, katanya "pesakit pertama dah masuk operation room, so adik kena standby la tukar baju siap2 takut nanti di panggil ". Aku pon, mandi2 dan terus tukar baju. tunggu punya tunggu. Hubby, emak dan anak2 dah pon sampai pada pukul 10.00, tapi aku masih dalam bilik lagi... sehingga la aku di panggil dan dibawa ker operation room lebih kurang pada pukul 12.30. masa ni perasaan aku semakin "dup dap dup dap".

masa yang ditunggu tiba juga....

Setelah ditolak, sampai ke operation room & tunggu para nurse membuat kerja, pukul 1.30 aku masuk ke bilik bedah... setelah mendapat penerangan serba ringkas, doktor bius pon menjalankan kerja sementara doktor bedah dan para pembantu yang lain sedang sibuk membuat preparation... mula la nampak pisau bedah semua bagaiii... OMG.. tulang belakan telah pon dicucuk, rasanya yang pertamakali tu dah salah tempat, maka dicucuk pula tempat lain... mulut x henti beristifar dan membaca apa saja yang terlintas... bila terasa kebas, maka operasi pon dijalankan.... start tepat jam 2.oopm dan berakhir jam 5.30pm... baby dapat dikeluarkan jam 3.09pm. (SEPANJANG TEMPOH 3 1/2 JAM TU BIAR LAH MENJADI KENANGAN TERINDAH AKU) x termampu untuk di gambarkan disini... cukup sekadar aku katakan, ini adalah ujian terbesar yang Allah berikan untuk aku.. bersabung nyawa demi seorang bernama ANAK.

setelah segalanya selesai, aku dibawa ke "Warmroom" untuk memanaskan badan semula setelah berada didalam bilik yang rendah tahap suhu kesejukannya. tertidur sebentar tiba2 aku dikejutkan, "kak bangun kak, akak dah terberak ni... hah!!! di situlah tanpa aku sedar aku telah terbuang air besar. almaklum la ubat apidural tu x abis lagi. aku siap mintak maap lagi pada adik nurse tu sbb x sedar, dgn nada geram bercampur busuk tu, dia pon kata "x apa kak!!"..

kepenatan setelah perut aku diganyang ikut suka suki hati doc.

Dan setelah semua selesai aku pon ditolak semula ke Wad. masa tu jam lebih kurang 7 lebih x silap. Baru lah dapat melihat dengan jelas rupa anak yang aku kandungkan selama 9 bulan ni. Syukur Alhamdulilah! maka bermula la pula fasa berpantang dan menjaga baby.

inilah dia little angle hadiah dari Allah,
kini kami yang akan memikul tanggungjawab mencorakkannya


akan bersambung untuk : KISAH ANAK & KISAH BERPANTANG

Monday, July 05, 2010

emak....

appy 72th BESDAYYY
[ i u ] [ we u ]


terima kasih mak kerana sentiasa ada disaat aku memerlukan... jasamu x mungkin ku lupakan. walau kau x membaca nukilan ini, x mengapa, aku tahu; kau pon tahu yg aku amat menyayangi mu.

sekali lagi; SELAMAT HARI ULANG TAHUN YG KE 72.

- Posted using BlogPress from my iPhone

berDODOI...

hari ni tuan puteri zara berdodoi dibuaian kepunyaan putera raja irfan... boleh la permaisuri bersenang lenang.
*azam untuk tidak dimasukan kedalam buaian adalah amat kecundang..




- Posted using BlogPress from my iPhone