Pages

Wednesday, January 12, 2011

'WISH list' lagi dan lagi...

x tahu la kenapa sejak 2,3,4 menjak ni saya sangat suka verangan... sebenarnya tadi on the way balik rumah terserempak kereta mini. dan aku ni pulak mmg x boleh tengok kereta idaman kalbu ni... terus gila bayang.. kalau lah dapat beli @ ada ker sesapa yg nak bagi hadiah sempena hari jadi separuh abad ni... alahaiiii. (i kawen dgn u)...!!! hehehe



semestinya i nak yg warna (PUTIH) ye...





tapi kalau x dapat yg atas tu, yg ni pon kira ok jugak, klasik pon klasik laa... janji mini. lagi klasik lagi i suka.



dan kalau yg klasik ni, x dapat yg PUTIH warna MERAH pon i x kisah. i terima ajee....





tapi i dah tau dah, x de sapa pon nak layan perangai i yang x sedo diri ni....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

rasa2 nya dapat yg ni pon kira ok lah.... janji 'MINI'.


.

sekian
(sila lah pasang angan2)


- Posted using BlogPress from my Buah hati

kisah berPANTANG

Lama dah rasanya nak mengabadikan kenangan dan kisah aku berpantang.
Diam x diam dah 7 bulan aku melahirkan iryna zara, anak ketiga. Dan sebelum kenangan berpantang luput dari ingatan, ada baiknya aku abadikan dulu disini. Sebagai tanda kenang kenangan dan panduan kepada sesiapa yang rasa nak tiru gaya aku berpantang.


Aku mula berpantang bemula seawal sehari selepas kelahiran, tapi x de la terus berbengkung bagai. Al maklumlah, menghadapi kelahiran melalui proses pembedahan makanya proses berpantang adalah melalui banyak step.


Langkah per-1 (Pemakanan)
Aku amat mengambil berat pada faktor pengambilan makanan. sangat mengikut pantang orang tua2. X kisah la pakar perubatan moden nak cakap apa pon, aku tetap dengan kepercayaan jaman dolu dolu. Hanya makan ikan haruan, ikan haruan, ikan haruan, ikan bilis dan ikan tongkol. dan sayur adalah seperti lobak putih, lobak putih dan lobak putih. Tapi ingat itu adalah makanan untuk minggu per-1 saja. Ikut sangat la kan... (mana tahan) huhu!!!


Masuk minggu ke-2, saya mula mencuba cuba ikan dan sayur lain (tapi maaf, saya terlupa apa yang mak saya masak untuk saya) yang saya tahu bila lapar saya nak makan... (kan dah kata!! baru 7 bulan dah lupa...). Tapi yang saya ingat dalam minggu ke-2 tu saya termakan durian (4 ulas).. BOLEH!! belasah la kan, sbb emak kata "rasa sikit x apa" see, emak saya sangat sporting moting... Dan pada minggu ke-3 dan seterusnya saya masih lagi memantau faktor pemakanan, tidak makan makanan2 yang berbisa dan yang susah untuk dihadam seperti daging, seafood, ayam dan sayuran yang sejuk seperti kangkung, kobis dan sebagainya. Dan yang paling utama setiap hidangan saya mesti ada halia yang ditumbuk bersama ikan bilis goreng. Dan nasi adalah wajib yang panas sahaja. Pada hari ke-30 baru saya mendapat petua membuat hidangan minuman kesihatan berpantang cara orang2 berbangsa cina, iaitu air rebusan daripada (halia muda + red dates + gula batu). silalah cuba, lebih baik diamalkan dari hari pertama berpantang.


Kesimpulan Langkah per-1
minggu pertama - Sangat sangat concern
minggu ke2-3 - so so... tapi still dalam kategori berpantang
minggu ke-4 hingga hari ke 44 - tambah lagi satu menu minuman berkhasiat.


Langkah ke-2 (Ubat ubatan)
Dalaman
Selain daripada menjaga pemakanan, ubat ubatan juga sangat lah penting. Aku tak ada mengambil sebarang set bersalin seperti amway product, nona roguy, atika beauty, sendayu tinggi atau apa2 produk yang sewaktu dengannya. Both tradisi dan moden produk aku guna. Untuk proses baik pulih jahitan dalaman, aku guna produk elken iaitu (Ldvenus+spirulina+dr xenerji). Ini semua adalah sbb kakak aku yang rekomen, katanya bagus untuk luka2 dalaman. Sor far kesannya ok. Selain daripada itu aku juga makan jamu tradisional yang dibeli drpd tukang urut semasa berurut dikampung. Rasanya itu saja yang aku amalkan. itu pon on and off, almaklum la bila breastfeed ni kesannya serba sedikit akan kena pada anak, kalau rasa2 baby agak meragam, aku stop kejap than after 2,3 hari aku sambung balik makan. sampailah lebih kurang 60 hari barulah habis kesemuanya.

ini lah ubat ubatan yang dimaksudkan
Tidak termasuk jamu tradisional (lupa nak snap gambar)
Luaran

Dari segi penjagaan luaran, seperti biasa saya menggunakan Param+pilis. Itupon selama 2 minggu saja aku patuh menyapu dan memakai pilis. minggu2 seterusnya aku jadikan param itu sebagai scrub semasa mandi. itu pon bagi menghabiskan stok yang banyak. kerana bila disapu pada badan sangat mengotorkan rumah. Jadinya aku buat peraturan sendiri. hasilnya juga sama, selepas mandi badan sangat segar dan berangin. Dan satu yang Paling penting adalah sapuan pada perut. Ini, aku gunakan Krim Mustajab, Minyak tapal & Minyak elken(terlupa namanya). Pakai berselang2, bukannya apply sekali gus ye.


ini krim mustajab (yg tersangat mustajab) & minyak tapel yang sangat panas nak terbakar

Langkah Ke-3 (berBengkung+berTunku+berUrut)
Ini juga sangat penting untuk mengembalikan susuk tubuh kepada asal. Masalah utama aku adalah dibahagian perut. sangat masalah!! (nak tayang gambar, sangat x sesuai) tapi kalau tunjuk mesti x caya. Aku mula kan upacara balutan dibadan hari ke-5 selepas berurut. memandang kan ada sedikit komplikasi pada 3 hari dari waktu melahirkan dimana perut saya membuncit seperti mengandung 7 bulan. (pelik tapi benar) sangat panjang untuk diceritakan, tapi cukuplah rasanya mereka2 yang terdekat dengan aku menjadi bukti cerita itu. Alhamdulilah, pada minggu ke3 aku dah boleh pakai corpsdereve yang aku beli selepas 6 bulan melahirkan Irfan iaitu 5 tahun dulu.. Walaupon padamulanya agak ketat, tapi after seminggu aku sudah boleh mengenakan cangkuk dibahagian tengah. Sangat selesa dan kemas daripada memakai bengkung tradisional tu. Cuma kalau rasa jahitan diperut agak sakit aku skip pakai long girdle. Oh yer terlupa (bahagian atas tu aku x pakai sbb brestfeed kan).
Tak lupa juga bertungku, itu pon dah hari yang ke30 baru berhempas pulas, atas nasihat tukang urut.

Pengalaman berurut, aku sangat berpuas hati. Rasanya ada sesetengah orang yang takut untuk berurut bila melahirkan melalui proses pembedahan. tapi pada aku urut itu sangattt lah penting. Aku berurut seawal hari ke2 selepas kelahiran. satu badan urut kecuali Perut, tempat tu saja yang x boleh disentuh. Berurut dikampung selama 5 hari. Selepas tu aku sambung semula berurut disubang pada hari ke30 atas sebab2 tertentu (rahsia). Kali ini aku urut selama 3 hari. tapi kesannya cukup puas hati, berurut seawal 8.00 pagi sehingga 11.30 pagi complete bersauna+berurut+bertungku. (Terima kasih pada kak soba atas service POWER dan tips kesihatan yang sangat berguna). ini adalah gambar bengkung aku.


bengkung tradisional
Handmade from tukang urut, tidak sama seperti yang berada dipasaran
kerana ukurannya agak panjang sedikit dibahagian punggung.
Bengkung ajaib saya... dah bertahun2 saya menggunakannya
amat berpuas hati
(sila rujuk di elken website)

Ini lah serba sedikit pengalaman berpantang aku (mungkin untuk kali terakhir)... Mungkin ada 1,2 benda aku dah terlupa. Tapi kesimpulannya aku sangat berpuas hati berpantang untuk kali ke3 ini. Hasilnya alhamdulilah. Selepas 60 hari bentuk badan kembali seperti asal tidak seperti kelahiran pertama dan yang kedua. Apa sekalipon paling penting, apa yang kita nak buat mestilah bersama2 dengan tekat dan usaha yang bersungguh2. Insyallah hasilnya sangat puas hati.

Sekian, PENUTUP kepada Kisah Mama & kisah Anak