Pages

Friday, July 31, 2009

MAAFkan aku

Aku sedang menemankan suami melaksanakan kerja2nya ditingkat atas bersama anak2 tapi aku x pasti tingkat berapa dan dibangunan mana... anak2 seronok bermain, berlari2 kesana kemari... seperti biasa sambil menolong si suami, mama masih tidak leka melihat kerenah anak... tiba2 entah kenapa anak2 nak bermain dilobby bangunan.. jadi aku membenarkan dan menghantar mereka kesitu kerana aku perlu keatas semula membantu suami... tapi aku duduk ditepi tingkap untuk memastikan keadaan anak... mereka berlari dan bermain dengan gembira sekali, tapi aku hairan kerana tiada orang disekeliling melainkan kami berempat.... dalam kesibukan itu aku berteriak pada dina dan ifan supaya berhati dan jangan bermain ditempat tinggi... nanti jatuh... tapi mereka seolah tidak mengindahkannya.... mereka memang suka bermain kejar2... biasanya ifan lah yang akan mengejar dina...

Tiba2 bila x tahu nak lari kemana lagi, dina telah memanjat sebatang tiang... dalam keseronokan itu tiba2 dina terjatuh kebawah... tiba2 tawa menjadi sepi.. dapat aku lihat ifan cuba menyambut kakaknya tetapi tidak berdaya lalu jatuh bersama... aku tanpa berlengah telah bergegas turun kebawah... aku kabarkan pada suami... dan setibanya dilobi aku dapati dina sudah tidak sedarkan diri... begitu juga irfan... aku dakap dina tapi badannya sudah terkulai layu... aku menangis teresak2, menunggu suami yang masih berada diatas sambil memanggil namanya... perasaan ketika itu bercampur baur.... apakan nasib yang menimpa dina... adakah dia masih bernyawa atau tidak.... aku mendakap erat tubuhnya.... ya Allah selamatkan lah anakku....

sementara menunggu suamiku tiba2 aku terjaga dari tidur.... suami masih ada disebelah dan anak2 masih tidur dengan lenanya... Ya Allah bermimpi rupanya aku..... terus aku memeluk suami dina & ifan.

Bak kata pepatah, mimpi tu mainan tidur... tapi mimpi malam tadi sedikit sebanyak telah menyedarkan aku... adakah tuhan ingin memberi petunjuk kepadaku betapa hibanya bila kehilangan org yang disayangi... kerana sebelum mereka tidur aku baru saja memarahi mereka... dan mereka tidur dalam keadaan sedih. kejamnya aku.... hargai dan sayangi lah mereka sebelum kita ditinggalkan sunyi didunia ini...

Thursday, July 30, 2009

kaki ku sakit....

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku, Kekasihku, Syurgaku
Tanpa dia Malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi Sepertiku

* tajuk dan isi memang tiada kaitan, tapi ianya adalah nyata,.....

Tuesday, July 28, 2009

kereta STROLLER kesayangan mama ANAK saya


hari ni saya nak merakamkan kenangan waktu dina dan ivan masih kecil bersama stroller kesayangannya.

masing2 mempunyai stroller, yang diusung kesana kesini kerana mama dan baba nya adalah manusia yang tak boleh nak melihat anak berkeliaran bila berjalan dishopping mall kerana waktu2 umur begitu anak2 memang la x dapat nak dikawal. Dek kerana melayankan hobby kita orang yang suka berpeleseran dimall pada hujung minggu. Dan disebabkan terpaksa membawa 2 stroller setiap masa makanya kami telah membeli stroller yang senang dibawa kemana dengan menyumbatkan kedua-duanya didalam bonet kereta. almaklum la kereta kita pon kecik jerrr..

Sewaktu ifan belum dilahirkan lagi, dina telah biasa menaiki stroller merahnya itu... dan bila irfan hadir, kami tambah satu lagi stroller yang sama tapi berwarna oren. mereka memang tertekan happy bila setiap kali kami memaksa meminta mereka duduk dalam stroller tu..... bila kita tertinggal satu stroller, mereka mula berlumba2 mahu menaiki stroller itu.... selama 5 tahun kita menggunakannya.

Tapi semua itu tinggal kenangan.... dina dan ifan semakin membesar dan kita pula lebih selesa membiarkan mereka berjalan berkeliaran dishopping mall tanpa stroller kesayangan itu.. sehingga stroller itu pon menjadi troli untuk kita memunggah barang2 setiap kali balik dari bershopping atau membawa apa2 barang sekali pon, almaklum la kita ni tinggal di rumah flat yang tinggi.....

Dan baru2 ini stroller merah itu telah dipinjam oleh Qaireen kerana dia juga nak melayankan mak bapak dia yang suka berjalan dan keluar ke shopping mall. Nasib ko la Qaireen... Dan yang terbaru kami telah meminjamkan yang satu lagi kepada adik iris yang baru saja lahir itu, kerana mak dia tu memang sedari dulu mengidamkan benda alah tu, memandangkan sewaktu iris kecil kami masih lagi aktif menggunakannya maka mintak maaf la iris ek.... dah memang stroller tu rezeki adikmu la agaknya.... walaupon mama masih sayangkan stroller yang banyak berjasa itu... mama harap dia happy dengan tuan barunya (sedihnya).... dan untuk adik2 iparkesayangan ku, jaga la stroller itu seperti mana aku menjaganya dahulu .... yang penting, nanti bila dina & ifan ada adik baru korang pakat2 la belikan orang baru tu stroller yang baru ek.... sebab maybe time tu nanti stroller tu dah terlalu uzur.....


sekian, cerita stroller KITA

Saturday, July 25, 2009

Ujian kelayakan

hari ni merupakan hari UJIAN KELAYAKAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 sesi 2010
plan asal kami adalah untuk bertolak pada malam tadi... tetapi memandangkan hal2 yang tak boleh nak dielakkan gara2 mencari penyakit diKL makanya plan terus berubah. ditambah pula dengan urusan politik daddy yang tidak menentu (agaknya boleh jadik wakil rakyat kerrr...) sbb sibuk mengalahkan menteri. setelah di+,-, bahagi, x, kami berjaya membangunkan diri kami anak beranak pada pukul 6.00 disaat azan berkumandang. bersiap2 memakan masa lebih kurang 1 jam....
maka bermula la perjalanan ke Kluang yang dijangkakan memakan masa 2 jam kerana peperiksaan bermula pada pukul 9.30. dengan harapan sampai tepat pada waktunya. sememangnya dugaan tu tuhan saja yang tahu, kalau ikutkan hati aku memang nak dicancel aje rancangan tu, tapi mengenangkan nak menjaga hati semua orang jadiknya diteruskan jugak.....
alhamdulilah kami sampai pada pukul 9.30, tetapi kami tetap terlambat kerana program telah dipercepatkan ke pukul 9.00 pagi memandangkan semua calon datang tepat pada waktunya melainkan IRDINA ALEEYA yang merupa calon luar kawasan.

aku hanya sempat berpesan pada anak, baca bismillah, baca soalan dengan teliti, jangan tergopoh gapah menjawab soalan dan bila dah selesai jawab soalan jika ada waktu semak semula jawapan.... selebihnya kita hanya tawakal.....

Alhamdulilah, segalanya selesai.

p/s :

nak selitkan gambar terbaru adik iris yang sedang tersenyum simpul... nama x tahu lagi


dan ..... DORA kesayangan dina yang dah sebulan x jumpa

Wednesday, July 22, 2009

Last SATURDAY.....


....adalah hari yang penuh dengan aktiviti yang bermunafaat..
sedari pagi mengemas rumah + memasak dan membasuh baju yang berbakul2
(akibat daripada mesin basuh yang rosak)...
dan selebih nya dicuci oleh mr.DOBI

than, ke PWTC.... jalan2 cari pengetahuan
after that, ke PAVILLION.... jalan2 cari pasal
lastly, ke the CURVE.... jalan2 cari makan

PENAT sebab dah lama x buat aktiviti merambu-ramba seperti ini sejak anak berada diperantauan....
suatu masa dulu inilah kerja kami berempat...
tapi ternyata segala penat lelah berbaloi, sbb ada orang yang sangat
bermurah hati membelanjakan duitnya meraikan harijadi hubby tercintaaanya dan kita orang dengan muka x berapa nak malu tompang sekaki... THANKs